Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Justice League: Adakah Parademons Asalnya Dari Manusia?

Trailer terbaru dan terakhir Justice League yang dilancarkan semalam bukan sahaja memaparkan karakter Superman malah turut menunjukkan petunjuk mengenai asal usul askar-askar Darkseid iaitu Parademons. Seperti yang kita tahu, selepas kematian Superman, Bumi telah menerima ancaman baru dimana Steppenwolf iaitu pakcik kepada Darkseid dikatakan akan menyerang Bumi. Sudah tentu, villain tidak akan datang berseorangan, Steppenwolf telah membawa askar-askarnya yang dikenali sebagai Parademons untuk menyerang Bumi.

Pada mulanya mesti kita terfikir bahawa Parademons adalah berasal dari planet Apokalips, tetapi dalam Trailer terbaru Justice League telah memberi petunjuk baru kepada penonton mengenai asal usul Parademons yang mungkin dari kalangan manusia.

TONTON TRAILER JUSTICE LEAGUE DISINI

Terdapat babak dalam trailer tersebut yang menunjukan zaman dahulu kala dimana sepasukan pahlawan manusia dan Themyscira sedang berperang dengan tentera Parademons, dan kemudianya terdapat satu tenaga yang telah meledak ditengah-tengah peperangan diantara Pahlawan bumi dan Parademons yang telah menyebabkan semua pahlawan bumi pada waktu itu bertukar wajah menjadi kelabu, bermata merah serta bertaring, mirip seperti fizikal Parademons.

Merujuk dalam versi komik, Darkseid dan bala tenteranya dari planet Apokolips telah “menuai” makhluk-makhluk dari dunia yang ditawan oleh mereka untuk ditukarkan menjadi Parademons. Jadi tidak mustahil, manusia dalam filem Justice League telah ditukarkan menjadi tentera-tentera kepad Darkseid

Dengan berkebolehan Steppenwolf  menukar makhluk bumi menjadi Parademons, ia bakal memberi masalah besar kepada kumpulan Superhero Justice League untuk menewaskan villain terbabit. Walaupun Parademons tidaklah begitu kuat, tetapi jumlahnya yang ramai pasti menyukarkan misi mereka dalam mempertahankan bumi dan menewaskan ketua penjahat. Tambahan pula, Steppenworf dan Darkseid juga tidak akan kekurangan tentera kerana mereka boleh menukar manusia dibumi menjadi bala tentera mereka pada bila-bila masa sahaja.

Jadi mampukah Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan The Flash menghalang Steppenwolf menukar manusia-manusia dibumi menjadi Parademons? kita tunggu tayangan filem Justice League pada 16 November ini

Sumber: CBR.com / Screenrant.com

Related posts

The Best Action and Trilling Entertainment on HBO GO, HBO and Cartoon Network This December

Is Mohd

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

The Making of a Live-Action Anime: 9 Fun Facts from Behind the Scenes of Cowboy Bebop

Is Mohd

7 Fakta Tentang Mickey Mouse & Minnie Mouse Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kakimuvee

8 Filem Korea Pelbagai Genre Yang Boleh Tonton Di Mubi

Natasha

8 Shows Where Asian Leads Are In the Spotlight

Zulaikha

Leave a Comment