Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jurucakap Johnny Depp Nafi Pelakon Itu Kembali Ke Francais “Pirates of the Caribbean”

Baru-baru ini telah tersebar khabar angin yang mengatakan Johnny Depp telah ditawarkan kontrak bernilai AS$300 juta dolar untuk kembali ke francais Pirates of the Caribbean. 

Namun, perkhabaran tersebut segera dinafikan jurucakap Depp, dan dia memberitahu ET bahawa pelakon itu tidak berbincang dengan Disney untuk kembali mengulangi peranannya sebagai Captain Jack Sparrow, dengan menyifatkan laporan itu sebagai “palsu.”


Penafian itu dibuat selepas laman sesawang Poptopic, cawangan Australia, mendakwa Depp sedang berbincang dengan Disney untuk kembali dalam filem keenam Pirates of the Caribbean dengan perjanjian bernilai AS$301 juta. 

Bulan lalu, penerbit Jerry Bruckheimer telah ditanya oleh Sunday Times tentang potensi kepulangan Depp dalam francais popular itu. 

Bruckheimer menjelaskan bahawa tiada perancangan untuk membawa kembali Depp dalam ansuran keenam Pirates of the Caribbean. “Tidak buat masa ini. Pekara tersebut masih belum diputuskan,” ujar Bruckheimer kepada Sunday Times. 

Bagaimanapun, masih ada harapan untuk masa depan francais Pirates, dengan Margot Robbie telah dicadangkan sebagai salah seorang pengganti Captain Jack Sparrow.

“Ya. Kami ada berbincang dengan Margot Robbie. Kami sedang membangunkan dua skrip Pirates — satu dengannya, satu tanpanya,” kongsi Bruckheimer

Depp pernah mendapat pencalonan Oscar untuk peranannya sebagai Jack Sparrow dalam filem asal tahun 2003 Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl dan seterusnya membintangi sekuel berikutnya, yang diterbitkan pada 2006, 2007, 2011 dan 2017.

Semasa perbicaraan kes saman fitnah Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard, dia telah bercakap tentang perselisihannya dengan Disney, dan memberitahu mahkaman bahawa dia tidak akan bekerja dengan Disney lagi, walaupun mereka menawarkannya gaji bernilai AS$300 juta. 

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment