Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jurassic World: Fallen Kingdom Lepasi Angka $1 Billion

Filem terbitan Universal, Jurassic World: Fallen Kingdom secara rasminya telah melepasi angka $ 1 Billion dolar seluruh dunia dengan kutipan sebanyak $1.005 billion.

Filem arahan J.A. Bayona itu kini menjadi filem ke-35 yang melepasi angka 1 billion dalam sejarah perfileman dan juga filem ketiga tahun ini selepas filem Avengers: Infinity War ($2.037B) dan Black Panther ($1.346B).

Setakat ini, filem yang bermodalkan $170 juta itu telah $304.8 juta dari pasaran domestik US dan $700.7 juta dari pasaran antarabangsa termasuklah kutipan dari China yang menyumbang sebanyak $245.2 juta dolar. Jurassic World: Fallen Kingdom dijangka akan berada senarai 20 filem paling laris sepanjang zaman.

Sekuel kali ini menyaksikan usaha Owen Grady (Chris Pratt), Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) dan beberapa rakannya untuk menyelamatkan beberapa spesis Dinosor dari kembali pupus akibat letusan gunung berapi di kepulauan Isla Nublar. Bagaimanapun misi mereka sebenar merupakan muslihat oleh sebuah organisasi yang mahu memiliki Dinosor untuk tujuan tertentu.

Selain Chris Pratt dan Claire Dearing, Jurasssic World: Fallen Kingdom turut dibintangi oleh James Cromwell, Ted Levine, Justice Smith, Geraldine Chaplin, Daniella Pineda, Toby Jones, Rafe Spall, Isabella Sermon, BD Wong dan Jeff Goldblum.

Related posts

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Filem The Trench Yang Dibatalkan WB Adalah Filem Rahsia Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment