Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Minggu lalu, terdapat banyak perbincangan mengenai keputusan Disney melepaskan Black Widow secara serentak di pawagam dan perkhidmatan Akses Premier Disney+. Ianya bermula selepas bintang Scarlett Johansson mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak studio kerana melanggar kontrak.

Walaupun begitu, Jungle Cruise memberikan perkhidmatan streaming dengan harga $29.99 dolar pada hujung minggu ini, dan kini Disney telah mengumumkan bahawa filem ini memulakan tayangannya dengan menduduki carta teratas box office. Jungle Cruise telah mengutip lebih $90 juta dolar di seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya, dengan $32 juta dolar dikutip di pasaran box office domestik AS, $27.6 juta dolar dipasaran antarabangsa, dan lebih $30 juta dolar hasil dari langganan Disney+ Premier Access pengguna di seluruh dunia  

Sama ada pelakon suka atau tidak, jelas strategi pelepasan ini memberikan hasil yang cukup besar buat Disney.

“Jungle Cruise adalah filem pengembaraan musim panas yang sempurna, membawa tarikan taman tema yang disukai ke layar lebar dan ruang tamu dengan cara yang hanya dapat dilakukan oleh Disney,” ujar Disney dalam satu kenyataan. 

“Kami tetap fokus untuk menawarkan pilihan kepada pengguna pada masa-masa yang tidak sesuai ini, dan jelas bahawa peminat dan keluarga menghargai kemampuan untuk membuat keputusan tentang bagaimana mereka lebih suka untuk menikmati penceritaan terbaik dari Disney.”

Diilhamkan dari taman tema hiburan Disneyland yang terkenal, Jungle Cruise adalah filem yang penuh dengan penggembaraan dan kegembiraan menyusuri sungai Amazon dengan kapten cerdas Frank Wolff dan penyelidik yang berani Dr Lily Houghton. Lily melakukan perjalanan dari London, England ke hutan Amazon dan mendapatkan perkhidmatan Frank untuk membawanya ke La Quila — dengan bot yang tidak menentu. Lily bertekad untuk mengungkap pohon kuno dengan kemampuan penyembuhan yang tiada tandingannya – memiliki kekuatan untuk mengubah masa depan bidang perubatan.

Didorong dengan penggembaraan epik, mereka berhadapan dengan pelbagai bahaya dan kekuatan ghaib, semuanya tersembunyi dalam hutan hujan yang menawan. Tetapi ketika rahsia pokok kuno mula terungkap, taruhannya semakin tinggi bagi Lily dan Frank, dan nasib mereka – serta umat manusia – mula menjadi tidak menentu. 

Jaume Collet-Serra mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Michael Green dan Glenn Ficarra & John Requa. Penerbit filem ini adalah John Davis dan John Fox mewakili Davis Entertainment, manakala Dwayne Johnson, Hiram Garcia dan Dany Garcia mewakili Seven Bucks Productions.

Menyertai Dwayne Johnson dan Emily Blunt adalah Edgar Ramírez, Jack Whitehall,Jesse Plemons, dan Paul Giamatti. 

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment