Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jung Yu Mi & Han Suk Kyu Bakal Bintangi Drama Terbaru “Until the Morning Comes”


Jung Yu Mi dan Han Suk Kyu sedang mempertimbangkan peranan dalam drama JTBC terbaru!

Menurut laporan OSEN (via Soompi), Jung Yu Mi telah disahkan menyertai barisan pelakon drama Until the Morning Comes (literal title) yang diarahkan oleh Lee Jung Hyo, pengarah drama tvN Crash Landing on You.

Drama tersebut menceritakan tentang seorang bekas ahli patologi forensik di Perkhidmatan Forensik Nasional yang menjadi suspek utama kes pembunuhan seorang lelaki. Walau bagaimanapun, kes tersebut membingungkan dan profiler dibawa untuk membantu siasatan dengan mengetahui mengapa ahli patologi forensik memilih untuk menjadi penjenayah.

OSEN melaporkan bahawa drama ini menceritakan apa yang berlaku apabila suatu hari di tengah kota Seoul, mayat ditemui di dalam beg pakaian lelaki. Seorang bekas ahli patologi forensik untuk Perkhidmatan Forensik Nasional menjadi suspek pembunuhan utama. Walau bagaimanapun, kes ini membingungkan dan profiler dibawa untuk membantu siasatan dengan mengetahui mengapa ahli patologi forensik memilih untuk menjadi penjenayah.

Jung Yu Mi akan memainkan watak profiler dengan kemahiran pemerhatian yang tajam, sementara Han Suk Kyu akan mengambil peranan sebagai ahli patologi forensik yang menjadi penjenayah.


Jung Yu Min sebelum ini telah muncul dalam drama Netflix The School Nurse Files, dan telah menerima beberapa anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada tahun ini menerusi lakonannya dalam filem Kim Ji-young, Born 1982. Dia juga disahkan kembali dalam rancangan realiti Youn’s Kitchen untuk musim ketiga. 

Han Suk Kyu baru-baru ini telah membintangi filem Forbidden Dream dan meneruskan peranan dokto Kim Sa Bu dalam drama Dr. Romantic 2.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee