Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Jung Yu Mi Dan Nam Joo Hyuk Bergandingan Untuk Menangkap Hantu Dalam Teaser “The School Nurse Files”

Netflix telah melancarkan teaser pertama drama terbaru The School Nurse Files lakonan Jung Yu Min dan Nam Joo Hyuk.  

The School Nurse Files merupakan drama fantasi yang diadaptasikan dari novel berjudul sama. Drama terbaru ini berkisar tentang Ahn Eun Young (Jung Yu Mi), seorang jururawat yang mengejar dan mengusir hantu dengan cara yang kreatif dan lucu. Dia bekerjasama dengan Hong In Pyong (Nam Joo Hyuk), seorang guru yang memiliki aura tenaga yang luar biasa – yang melindunginya dari roh jahat dan mampu menyelesaikan misteri. 


Teaser dibuka dengan seseorang yang bertanya kepada Eun young jika dia melihat “Jellies” lagi. “Jellies” sebenarnya hantu yang comel seperti yang mereka lihat, sering berkeliaran dan menyebabkan masalah, jadi tugas Eun young adalah untuk menangkap mereka. Eun young mendapat kerja baru di sebuah sekolah, dimana dia bertemu dengan Hong In Pyo, seorang guru yang dapat mengisi semula tenaganya, dan tidak lama kemudian, mereka berganding bahu untuk mengejar hantu dan mengusirnya.

Netflix turut melancarkan dua poster karakter yang memaparkan Jung Yu Min dan Nam Joo Hyuk dikelilingi “Jellies”. Anda boleh saksikan trailer dan poster karakter dibawah.

 

Related posts

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Leave a Comment