Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jung Joon Ho Sertai Kim So Hyun & Jang Dong Yoon Dalam Drama Terbaru, Mung Bean Chronicle


Pelakon Jung Joon Ho akan menyertai Kim So Hyun dan Jang Dong Yoon dalam drama romantik komedi terbaru berjudul Mung Bean Chronicle (working title).

Drama yang diadaptasikan dari siri webtoon berjudul sama itu mengisahkan tentang percintaan unik diantara seorang lelaki bernama Jeon Nok Du (Jang Dong Yoon) dan juga pelatih gisaeng, Dong Dong Joo (lakonan Kim So Hyun).

Jeon Nok Du merupakan seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita yang ingin masuk ke satu komuniti wanita yang penuh misteri, manakala Dong Dong Joo merupakan gadis tiada keinginan untuk menjadi gisaeng.

Jung Joon Ho pula akan membawakan watak Gwanghae, seorang raja yang terlampau tamakkan kuasa di Joseon.

Turut disahkan membintangi drama ini adalah Kang Tae Oh, manakala salah seorang ahli kumpulan Momoland, Yeonwoo dilaporkan dalam proses perbincangan dengan pihak produksi.


Drama 32 episod ini diarahkan oleh Kim Dong Hwi dan akan bersiaran pada September ini di saluran KBS2.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee