Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

tvN telah melancarkan teaser terbaru drama akan datang, Jirisan. 

Dalam teaser tersebut, pasukan renjer hutan dilihat sedang berjuang dalam situasi yang sangat mendesak.


Walaupun Gunung Jiri kelihatan damai pada awalnya, bunyi siren telah menimbulkan rasa panik di wajah renjer. Seo Yi Kang dengan tegas mengatakan, “Jika mereka masih hidup, kita harus mencarinya sekarang.” Kesemua renjer berjuang melalui sungai-sungai dan batu-batu yang telah jatuh, menunjukkan rasa tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan misi mereka. 

Teaser berakhir dengan suara latar berkata, “Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi di gunung ini,” menimbulkan rasa ingin tahu  penonton tentang misteri Gunung Jiri. 

Teaser ini berakhir dengan penuturan, “Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi di gunung ini,” menarik rasa ingin tahu tentang misteri Gunung Jiri.

Drama terbaru ini akan mengikuti kisah dua renjer taman negara – seorang veteran berpengalaman (dimainkan oleh Gianna Jun) dan seorang anggota baru (dimainkan oleh Ju Ji-hoon) – ketika mereka mengungkap rahsia yang tersembunyi jauh di pergunungan tempat mereka bekerja.

Jirisan akan ditayangkan di iQiyi pada 23 Oktober, dalam siaran serentak di Korea.

Related posts

THE ZONE: Survival Mission, Rancangan Varieti Korea Baharu Akan Tiba Pada Disney+ Hotstar Day

Zulaikha

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment