Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Karakter Filem Seram / Slasher Yang Buatkan Korang Lari Ketakutan

Pembunuh bersiri fiksyen memainkan peranan penting dalam filem-filem seram. Walaupun watak penjahat yang membunuh telahpun diperkenalkan pada awal 1930-an menerusi Universal Monsters yang dihasilkan Universal Pictures, watak-watak pembunuh bersiri popular mula dilahirkan pada penghujung 1970-an dan sepanjang 1980-an. 

Sudah tentu, nama-nama seperti Leatherface, Jason Voorhees, Michael Myers, Freddy Krueger, Pinhead, Ghostface, Jigsaw, Pennywise the Dancing Clown dan Chucky dikenali ramai peminat filem seram. Tetapi jika dilihat kembali, watak-watak ini dilihamkan pembunuh bersiri pertama dalam dunia sinematik, iaitu Norman Bates (lakonan Anthony Perkins), antagonis utama dalam filem Psycho (1960an) arahan Alfred Hitchcock.

Disini, kami ingin kongsikan karakter antagonis yang paling banyak membunuh mangsanya dalam filem seram / slasher:

Advertising

15. Norman Bates (siri filem Psycho)

Karakter Norman Bates dicipta penulis Robert Bloch dan antagonis utama dalam novel thriller Psycho yang diterbitkan pada tahun 1959. Karakter ini telah dbawa oleh beberapa pelakon antaranya Anthony Perkins dalam filem tahun 1960 arahan Alfred Hitchcock, Vince Vaughn dalam remake tahun 1998 dan Freddie Highmore dalam siri televisyen Bates Motel (2013–2017).

American Film Institute menyenaraikan Norman Bates sebagai penjahat kedua terhebat dalam “senarai 100 wira dan penjahat filem”, di belakang Hannibal Lecter dan diatas Darth Vader.

Jumlah mangsa: 18

14. The Creeper (trilogi Jeepers Creepers)

The Creeper adalah karakter fiksyen dan antagonis utama dalam trologi Jeepers Creepers. The Creeper adalah iblis kuno dan misteri, yang mencari organ manusia untuk menggantikan organnya yang lama atau yang sudah rosak. Ia memburu selama 23 hari setiap musim bunga ke-23, dengan menakut-nakutkan mengsanya dan menggunakan aroma ketakutan untuk menentukan apa yang perlu dia makan.

Jumlah mangsa: 21

13. Ben Willis (trilogi I Know What You Did Last Summer)

Selepas melanggar dan membuang seorang lelaki misteri ke laut, sekumpulan remaja berhadapan dengan ketakutkan apabila lelaki itu kembali dari kematian dan memburu mereka. Ben Willis atau dikenali sebagai The Fisherman adalah antagonis utama dalam trilogi slasher I Know What You Did Last Summer. 

Advertising

Jumlah mangsa: 21

12. Candyman (trilogi Candyman)

Karakter fiksyen dan antagonis utama dalam siri filem Candyman, berdasarkan cerita pendek oleh Clive Barker pada 1985. 

Candyman adalah hantu Afrika-Amerika yang berdendam selepas dibunuh dengan kejam kerana hubungan cinta antara kaum yang terlarang pada abad ke-19. Dia akan menghantui dan membunuh sesiapa sahaja yang memanggil nama Candyman sebanyak lima kali di hadapan cermin

Jumlah mangsa: 22

11. Dr. Hannibal Lecter ( siri filem Hannibal Lecter)

Dr. Hannibal Lecter adalah karakter yang dicipta penulis novel Thomas Harris, dan berinspirasikan dari pembunuh bersiri sebenar, yang juga pakar bedah Dr. Alfredo Ballí Treviño.

Karakter Lecter digambarkan sebagai pembunuh bersiri yang memakan mangsanya, sangat bijak dan sangat bersopan. Dia sangat benci kepada orang yang tidak beradab, dan sering membunuh orang yang menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. 

Karakter ini pertama kali muncul dalam peranan kecil sebagai penjahat dalam novel thriller Harris tahun 1981, Red Dragon. Novel itu kemudian diangkat menjadi filem berjudul Manhunter (1986), dengan Brian Cox memainkan peranan sebagai Lecter.

Anthony Hopkins memainkan peranan Lecter dalam filem adaptasi tahun 1991 The Silence of the Lambs, yang mana dia berjaya Anugerah Akademi untuk Pelakon Terbaik. Karakter Lecter merupakan antara penjahat paling berpengaruh dalam sejarah perfileman U.S. dan berada dalam kedudukan pertama dalam “senarai 100 wira dan penjahat filem” yang dikeluarkan American Film Institute.

Jumlah mangsa: 27

10. Pennywise (siri filem It)

Karakter terkenal yang dicipta novelist seram terkenal Stephen King. Pennywise merupakan makhluk kosmik kuno yang memburu dan memakan kanak-kanak di pekan Derry, Maine setiap 27 tahun. 

Advertising

Dia memiliki pelbagai kekuatan yang merangkumi kemampuan mengubah bentuk, memanipulasi realiti, dan tidak disedari oleh orang dewasa. Karakter ini dilakonkan oleh Tim Curry dalam telefilem adaptasi pada tahun 1990 dan Bill Skarsgård dalam filem adapatasi It pada 2017 dan sekuel It Chapter Two pada 2019.

Jumlah mangsa: 31

9. Leatherface (siri filem The Texas Chainsaw Massacre)

Karakter fiksyen ini dicipta Kim Henkel dan Tobe Hooper. Leatherface pertama kali diperkenalkan dalam filem The Texas Chain Saw Massacre (1974) dan digambarkan sebagai kanibal dan gila. Bersama-sama keluarganya, dia menculik, membunuh dan memasak mangsanya. 

Namanya berdasarkan topeng kulit manusia yang digunakannya bagi menyembunyikan wajah yang cacat. Pembunuh bersiri Wisconsin, Ed Gein, yang juga memakai topeng yang dibuat dari kulit manusia, dianggap memberi pengaruh besar kepada watak Leatherface dan unsur-unsur lain dalam filem asalnya.

Jumlah mangsa: 34

8. Freddy Krueger (siri filem A Nightmare on Elm Street)

Karakter yang membuatkan mangsa takut itu tidur kerana bimbang dia akan hadir membunuh mereka ketika berada dalam mimpi. Frederick Krueger dicipta Wes Craven dan pertama kali muncul dalam dunia filem seram menerusi filem A Nightmare on Elm Street yang ditayangkan pada 1984.

Asalnya seorang pembunuh bersiri yang membunuh kanak-kanak tetapi terlepas dari tahanan polis kerana kesilapan tandatangan pada warran tangkap. Dia bagaimanapun diburu oleh ibubapa mangsa dan dibunuh dengan cara dibakar. 

Walaupun jasadnya telah tiada, rohnya masih menghantui kanak-kanak dan remaja yang tinggal Elm Street dengan masuk ke alam mimpi dan membunuh mereka. Dengan wajah menakutkan dan tangan bersarung pisau cukur, Freddy Krueger antara karakter penjahat yang kekal dalam ingatan peminat filem seram. 

Jumlah mangsa: 42

7. Leprechaun (siri filem Leprechaun)

Leprechaun atau dikenali sebagai Lubdan, antagonis utama dalam siri seram komedi Leprechaun. Lubdan merupakan Leprechaun jahat dan pembunuh, yang akan menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan semula emasnya yang dicuri.

Karakter ini digambarkan sangat sadis, agresif, hauskan darah, bersifat syaitan, gila dan berbahaya yang gemarkan kematian, kehancuran, kekacauan dan emas.

Jumlah mangsa: 45

6. Angela Baker (siri filem Sleepaway Camp)

Karakter dari siri filem slasher Sleepaway Camp. Angela Baker adalah pembunuh bersiri transgender yang membunuh mangsanya yang mana kebanyakkannya berlaku di Kem Musim Panas. 

Baker membuat kemunculan dalam pada tahun 1988 dalam filem arahan Robert Hiltzik dan kali terakhir mengganas menerusi filem Sleepaway Camp IV: The Survivor pada tahun 2012. 

Jumlah mangsa: 55

 5. Pinhead (siri filem Hellraiser)

Pinhead atau ‘the Hell Priest’ adalah ketua kepada Cenobites, manusia yang berubah menjadi mahkluk seperti iblis yang mengamalkan ‘experimental sadomasochism’. Mereka wujud di alam ekstra dimensi iaitu Neraka atau salah satu daripada banyak versi Neraka yang wujud bersama.

Karakter ini dicipta penulis dan pengarah Clive Barker dan pertama kali muncul dalam novel The Hellbound Heart. ‘Fun fact’, Clive Barker tidak memberi nama kepada karakter ini semasa ia kemunculan pertama dalam novel The Hllbound Heart, sebaliknya nama ‘Pinhead’ diberi oleh krew produksi dan solekan, dan diterima peminat. Malah, Clive Barker juga tidak kisah dengan nama gelaran itu. 

Jumlah mangsa: 59

4. Chucky (siri filem Child’s Play)

Kecil dan comel tapi sangat menakutkan. Patung mainan yang dirasuk roh penjenayah kejam ini telah muncul dalam 8 filem slasher Chil’s Play termasuklah remake pada tahun 2019 yang mana ia disuarakan Mark Hamill.

Chucky membuat penampilan pertama dalam filem tahun 1988, Child’s Play dan disuarakan oleh Brand Dourif. Karakter ini telah menjadi salah satu ikon seram yang paling dikenali, dan telah banyak kali disebut dalam ‘pop culture.

Jumlah mangsa: 74

3. Jigsaw (siri filem SAW)

Jigsaw digambarkan sebagai individu misteri yang menculik dan mencabut nyawa mangsanya secara perlahan-lahan dengan menjadikan mereka sebagai subjek kepada satu permainan.

Cara Jigsaw akan kejam dan menakutkan, dimana mangsa terpaksa mencederakan diri sendiri atau orang lain demi melepaskan diri. Tambahan pula, dengan alat mekanikal yang menakutkan, Jigsaw pastinya membuat penonton merasa mual dan ngilu.

Karakter ini dicipta James Wan bersama Leigh Whannell dan membuat kemunculan pertama dalam filem Saw yang diterbitkan pada 2004.  

Jumlah mangsa: 91

2. Michael Myers (siri filem Halloween)

Michael Myers dicipta oleh Debra Hill dan maestro musik seram John Carpenter. Karakter ini bukan sahaja muncul dalam 10 buah filem, tetapi turut muncul dalam novel, beberapa permainan video dan buku komik. 

Sewaktu kecil dia telah membunuh kakaknya, Judith Myers dan selepas keluar dari hospital mental, Myers kembali ke rumahnya di Haddonfield untuk membunuh lebih banyak remaja. ‘Fun fact’, topeng yang digunakan Michael Myers merupakan topeng Captain Kirk yang dicat warna putih. Topeng tersebut diperbuat dari wajah William Shatner, dan telah digunakan dalam filem seram tahun 1975, The Devil’s Rain.

Jumlah mangsa: 121

1. Jason Voorhees (siri filem Friday the 13th)

Penjahat yang banyak membunuh mangsanya. Jason Voorhees merupakan anak kepada tukang masak kem, Mrs. Voorhees yang berubah menjadi pembunuh. Jason kebiasaannya akan menghendap dan membunuh mangsanya, dan kadang-kala bertindak sebagai ancaman psikologi terhadap watak proantagonis. 

Karakter ini telah muncul dalam 12 filem Friday the 13th series termasuklah filem crossover Freddy vs. Jason. Selain itu juga, dia turut muncul dalam beberapa medium media lain seperti komik, permainan video dan novel. 

Jumlah mangsa: 157

Sumber: Wikipedia, Fandom, IMDb, Rotten Tomatoes

Advertising

Related posts

MEET THE CAST OF VINCENZO + WHERE YOU’VE SEEN THEM BEFORE

Isqandar

5 True Crime Documentaries You Should Check Out After “Crime Scene: The Vanishing at Cecil Hotel”

Zulaikha

3 MALAYSIAN MEN WE CAN’T GET ENOUGH OF SEEING ON THE BIG SCREEN

Isqandar

6 REASONS WHY YOU NEED TO WATCH SISYPHUS

Zulaikha

6 Action Movies to Get You Out of Your Rut 

Kakimuvee

8 Korean Movies With No Romance But So Much More To Love

Zulaikha

Leave a Comment