Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jumanji: Welcome To The Jungle Hampiri Kutipan $900 Juta Dolar


Filem Jumanji: Welcome to the Jungle terus mencipta kejayaan tersendiri apabila menghampiri kutipan $900 juta dolar seluruh dunia. Selepas mengatasi kutipan tiket filem Spider-Man: Homecoming, filem kedua Jumanji itu kini telah mengumpul $895.37 juta dolar pada Jumaat yang lalu.

Jumanji: Welcome to the Jungle dijangka tidak mempunyai masalah untuk melepasi angka $900 juta kerana filem tersebut masih ditayangkan sehingga kini, malah ia masih belum ditayangkan di Jepun.

Sehingga kini, filem epik penggembaraan ini telah menduduk tangga kelima filem paling laris 2017 dihadapan filem-filem superhero seperti Spider-Man: Homecoming, Guardians of the Galaxy Vol. 2, Thor: Ragnarok, Justice League, dan Logan. Selain itu juga, ia menjadi filem kedua Sony paling laris selepas Skyfall yang mengutip $1.1 Billion dan turut mengatasi filem Spider-Man 3 arahan Sam Raimi yang mengutip $890.9 juta

Jumanji: Welcome to the Jungle diarahkan oleh Jake Kasdan dan dibintangi oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Rhys Darby, dan Bobby Cannavale, Kejayaan pantas filem ini telah mendorong pihak Sony untuk menghasilakan filem ketiga yang bakal memulakan tayangan tidak lama lagi


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee