Trivia

Jumanji: The Next Level & Patients Of A Saints Antara Yang Menarik Minggu Ini

Views

Mulai bulan Disember, Kakimuvee akan mula menyenaraikan filem-filem menarik setiap minggu berbanding sebelum ini dimana kami menyenaraikan filem menarik mengikut bulan. Segmen terbaru ini akan kami sertakan sekali dengan trailer untuk memudahkan anda mendapat gambaran mengenai filem yang disenaraikan.

Untuk minggu ini, terdapat dua filem antarabangsa yang tidak harus anda lepaskan dan juga satu filem tempatan yang mesti kita sokong. Sudah pasti ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikan filem Jumanji: The Next Level, tetapi jangan dilupa satu lagi filem tempatan bakal bersaing di pawagam iaitu filem Garang. 

Berikut adalah senarai filem yang akan ditayangkann sepanjang minggu ini (5 Disember 2019).

1. Jumanji: The Next Level

  • Genre: Aksi / Penggembaraan / Komedi
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pelakon: Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina, Danny Glover, Danny DeVito

Tanpa pengentahuan rakan-rakannya, Spencer telah menyimpan serpihan permainan video Jumanji. Satu hari, rakan-rakan Spencer pergi ke rumah datuknya, dimana Spencer berada disana – dan mendapati Spencer telah hilang dan permainan Jumanji sedang berjalan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk kembali dalam permainan tersebut.

BACA:  Filem-Filem Marvel Fasa 3 Akan Datang: Tajuk dan Tarikh Tayangan

Datuk Spencer, Eddie dan rakannya, Milo Walker mendengar perbualan remaja tersebut, dan mereka juga turut disedut masuk kedalam permainan Jumanji. Kumpulan remaja tersebut perlu menyelamat Eddie dan Milo mempelajari ‘avatar’ mereka dan dalam masa yang sama perlu mencari Spencer serta keluar dari Jumanji.

2. Patients of a Saints

  • Genre: Seram
  • Klasifikasi: N/A
  • Pelakon: Philip McGinley, Jessie Williams, Christopher Dunne, Jane Garda

Ujian perubatan yang menakutkan kebanyakannya berlaku di pulau St. Leonards di utara Atlantik, yang menjadi penjara bagi beberapa penjenayah paling kejam di dunia. Cara untuk mereka keluar dari penjara itu adalah dengan menjalani ujian tersebut. Namun malapetaka berlaku menyebabkan banduan, doktor dan pengawal perlu bersatu bagi mengelak daripada terkena virus berbahaya yang mengubah orang yang dijangkiti menjadi zombi.

3. Garang

  • Genre: Aksi  / Sukan
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pelakon: Pablo Amirul, Ahmad Maembong, Osman Omar, John Elijah, Chacha Maembong, Emma Maembong.

Izam merupakan seorang atlet paralimpik dalam acara lumba kerusi roda. Konflik timbul antara dua rakannya, Jasmin dan Reza, yang juga merupakan golongan kurang upaya handal berkerusi roda, apabila Izam ditimpa kemalangan. Perkara itu menyebabkan Jasmin terpaksa meminta bantuan daripada tiga rakan lamanya untuk merungkai konflik tersebut.

BACA:  Filem Tempatan Berkualiti Disingkirkan Lebih Awal Oleh Pengusaha Panggung, Dimanakah Silapnya?

4. Lucky Blockchain

  • Genre: Aksi  / Komedi
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pelakon: Benny Sii Tuong Kai, Koe Yeet, Liaw Ket Henn, James Wong

Tiga orang jurutera sistem, Fang Yuan, Ren Ren dan Bai Song Min, membuat keputusan untuk menamatkan “Perfectly Transparent System” yang mereka bina untuk sebuah syarikat dan menukar hala tuju masing-masing setelah mendapat tahu ketua syarikat, Mike, ingin menjual sistem tersebut kepada penjenayah. Fang Yuan kemudiannya mendapati dirinya hamil Fang Rui, anak Mike yang telah mengambil kesempatan terhadapnya ketika dia mabuk.

Selepas 20 tahun, Fang Rui mengenali Xiao Wei dan Bai Tao yang bekerja di sebuah syarikat rangkaian. Mereka kemudiannya mendapat tahu mengenai “Perfectly Transparent System” secara tidak sengaja dan dipenjarakan apabila seorang tukang baiki komputer mengubah sistem itu menjadi sebuah aplikasi dan menyeludupnya kepada penjenayah. Kini Fang Yuan, Ren Ren dan Bai Song Min perlu bersatu semula untuk membuktikan bahawa tiga pemuda itu tidak bersalah.

5. Pati Patni Aur Woh (6/12/2019)

  • Genre: Romantik  / Komedi
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pelakon: Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar, Ananya Panday, Aparshakti Khurana
BACA:  Mark Wahlberg, Pelakon Paling Tinggi Pendapatan Tahun 2017

Merupakan remake kepada filem Hindi dengan judul sama pada tahun 1978. Terdesak ingin mendapatkan perhatian dan mengenali setiausahanya, Tapasya, dengan lebih rapat, Abhinav sanggup berbohong bahawa isterinya Vedika sedang sakit tenat. Bagaimanapun, rancangannya tidak berjaya apabila Vedika mendapat tahu mengenai penipuan tersebut.

Tinggalkan Balasan

shares