Selepas tiga minggu ‘keras’ di takhta box office, Frozen 2 akhirnya mengalah kepada filem terbaru Sony Pictures, Jumanji: The Next Level. Filem sekuel itu berjaya membuka minggu pertama dengan kutipan sebanyak $60.1 juta dolar dipasaran domestik Amerika Syarikat dan $213 juta dolar seluruh dunia. Kutipan tersebut sekaligus mengatasi rekod filem Jumanji: Welcome to the Jungle yang meraih $36.2 juta minggu yang sama pada 2017.
Walaupun berada ditangga kedua, dengan penambahan sebanyak $19.2 juta dolar pada minggu yang lalu telah menjadikan Frozen 2 filem keenam Disney yang mencatatkan kutipan melebih $1 billion dolar. Menurut laporan Deadline, filem animasi tersebut dijangka akan melepasi kutipan filem pertama yang mengutip sebanyak $1.27 billion dolar.
Filem terbitan Lionsgate, Knives Out berada ditangga ketiga carta box office AS dengan penambahan sebanyak $9.3 juta dolarm menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $162.2 juta dolar seluruh dunia.
Manakala filem terbaru Universal Pictures dan Blumhouse, Black Christmas hanya mencatatkan kutipan domestik sebanyak $4.4 juta dolar dan kutipan keseluruhnya sebanyak $7.5 juta dolar, jauh lebih rendah dari yang disasarkan iaitu sebanyak $10 juta dolar.