Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Jue Aziz Merajuk? Rancang Kembangkan Karier Lakonan Di Indonesia

Sumber gambar: Cinema Online

Kemunculan banyak pelakon-pelakon baru dalam industri hiburan tanah air pasti memberikan impak kepada pelakon-pelakon senior. Persaingan untuk mendapat tawaran berlakon pasti sengit lebih-lebih lagi perlu bersaing dengan pelakon baru yang lebih popular dan mempunyai ramai peminat di laman sosial.

Disebabkan itu, Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana binti Abdul Aziz mempunyai rancangan untuk mengembangkan bakat lakonannya di negara Indonesia. Menurut Jue, kehadiran ramai pelakon baharu dalam industri di Malaysia menyebabkan dia berasakan dirinya sudah tidak dihargai. Beliau berkata demikian kepada Astro Gempak baru-baru ini.


“Saya rasa sudah tiba masanya saya mengorak langkah untuk kembangkan bakat lakonan di negara Indonesia. Saya harus gunakan peluang yang ada memandangkan suami saya juga merupakan orang yang berasal dari sana. Rasanya tidak salah kerana jika dilihat ramai sahaja selebriti di Malaysia yang mengembangkan bakat mereka di negara orang.”

Ditanya, adakah beliau merajuk akibat disisihkan oleh pembikin dan penerbit filem tempatan, beliau menafikan pekara tersebut.

“Bukan merajuk dengan industri di Malaysia namun saya cuma rasa artis-artis senior tidak dihargai memandangkan masyarakat pada masa kini lebih menghargai bakat baru yang popular di media sosial,”

Jue Aziz mula mencipta nama dalam industri perfileman dan drama menerusi filem Anak Mami The Movie yang diterbitkan pada 2002 dan sejak daripada itu beliau telah berlakon sebanyak 7 buah filem, yang terbaru telemovie arahan Mamat Khalid berjudul 16 Puasa.

Beliau juga aktif membintangi drama-drama tempatan antaranya Impak Maksima The Series, Legenda Budak Setan The Series, Janji Kasih dan Orang Minyak Naik Minyak

Sumber: Astro Gempak

Related posts

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Belum Tayang Di Pawagam, “Mat Kilau” Sudah Terpalit Dengan Kontroversi

Kakimuvee

Leave a Comment