Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jude Law Berlakon Dalam Filem Captain Marvel

Bintang filem Sherlock Holmes, Jude Law akan bersama-sama Brie Larson bintangi filem Marvel akan datang, Captain Marvel. Menurut laporan Variety, aktor kelas A itu bakal membawakan watak Doctor Walter Lawson, mentor kepada karakter Brie Larson, Carol Danvers selepas wanita tersebut mendapat kuasa superhero.

Dalam komik Marvel, Doctor Walter Lawson merupakan alias kepada karakter Mar-Vell, iaitu karakter Captain Marvel pertama untuk komik superhero Marvel. Mar-Vell merupakan pahlawan Kree dan menggunakan identiti Doctor Walter Lawson untuk menjalankan aktiviti pengintipan di Bumi serta menentukan ancaman Bumi terhadap Empire Kree.

Selain Jude Law dan Brie Larson, pelakon Ben Mendelsohn juga turut dilaporkan berlakon dalam filem Captain Marvel dan akan membawa watak ketua kepada bangsa Skrull, yang juga villain untuk filem kali ini. Samuel L. Jackson juga dilaporkan akan membawakan watak Nick Fury.

Dua pengarah akan mengarahkan filem Captain Marvel iaitu Anna Boden dan Ryan Fleck manakala Geneva Robertson-Dworet, Meg LeFauve dan Nicole Perlman dilaporkan sedang merangka draf lakonlayar filem Captain Marvel.

Captain Marvel dijangka akan memulakan penggambarannya tahun hadapan di Los Angeles dan dijangka akan ditayangkan di pawagam US pada 8 Mac 2019

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment