Berita

Jude Law Bakal Bawa Watak Captain Hook Dalam Filem “Live-Action” PETER PAN

Views

Selepas memainkan peranan antagonis dalam filem Captain Marvel, pelakon terkenal Jude Law kini bersedia untuk memainkan satu lagi watak penjahat.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Jude Law kini sedang dalam rundingan untuk membawa watak penjahat ikonik, Captain Hook dalam filem live-action Disney, Peter Pan arahan David Lowery (Pete’s Dragon).

Jika rundingan berjaya, Law akan menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada pendatang baru Alexander Molony dan Ever Anderson, anak perempuan kepada pelakon aksi Milla Jovovich (Resident Evil). Molony pernah muncul dalam rancangan Disney Junior, Claude dan rancangan Sky One, The Reluctant Landlord. 

Anderson membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon menerusi filem Resident Evil: The Final Chapter dengan memainkan watak lakonan ibunya sewaktu muda, dan bakal muncul dalam filem Black Widow sebagai watak lakonan Scarlett Johansson, Natasha Romanoff sewaktu muda.

Pertama kali diterbitkan pada 1911, Peter & Wnedy berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang tidak akan membesar bernama Peter Pan, dimana dia bersama Wendy Darling telah pergi ke pulau ajaib yang digelar Neverland. Disana, mereka bertemu kumpulan Lost Boys serta Tinkerbell dan menyertai beberapa penggembaran merbahaya menetang musuh ketat Peter, Captain Hook.

BACA:  Zack Snyder Sanggup Musnahkan Filem JUSTICE LEAGUE Dari Guna Rakaman Joss Whedon

Kisah dongeng J.M. Barrie ini telah beberapa kali diadaptasikan ke filem live action antaranya filem yang diarahkan Steven Spielberg pada tahun 1991 lakonan Robin Williams dan Julia Roberts, pada 2003 lakonan Jeremy Sumpter dan Rachel Hurd-Wood dan adaptasi terbaru, filem Pan (2016) arahan Joe Wright yang dibintangi pelakon Hugh Jackman. 

Filem terbaru Disney ini akan diadaptasikan dari filem animasi Peter Pan yang diterbitkan pada 1953.

Tinggalkan Balasan

shares