Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Juara Dewi Remaja Berlagak Diva?

raysha-rizrose
Juara Dewi Remaja – Raysha Rizrose

Pelakon baru Raysha Rizrose menafikan khabar angin mengatakan dia cerewet dan memilih jurusolek ketika menjalani sesi fotografi atau penggambaran.

Juara Dewi Remaja 2015 itu menganggap isu terbabit sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi memburukkan namanya dan menegaskan dia bukan seperti diperkatakan.

“Memang saya pernah mencadangkan nama jurusolek tertentu kerana mengetahui kebolehannya.

“Saya mengakui risau kalau hasil solekan menampakkan saya tua atau buruk.

“Namun ini bukan bermaksud saya cerewet dan boleh menerima mana-mana jurusolek,” katanya ketika dihubungi.

raysha-2

Ahad lalu, timbul khabar angin mengatakan pelakon Dukun Doktor Dani itu berlagak diva dan meletakkan macam-macam syarat sekiraya dipanggil membuat sesi fotografi.

Antara syaratnya jurusolek dan tajaan pakaian dari pereka terkenal.

“Macam mana boleh kata saya diva, sedangkan saya belum menerima apa-apa anugerah,” katanya.

Dalam pada itu, Raysha berkata, gosip itu tidak sesekali menjejaskan dirinya mahupun karier lakonannya.

“Saya malas mahu mengambil pusing khabar angin ini dan menganggap pihak yang menyampai sengaja memutar belit cerita,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee

Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

Is Mohd

Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

Kakimuvee

Leave a Comment