Slot Tempatan

JUANG Angkat Perjuangan 'Frontliner' Hadapi Pandemik COVID-19

Views

Dikala beberapa negara lain sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, negara kita berjaya mengelakkan situasi dari menjadi lebih buruk. Terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan rakyat yang patuh arahan, kita akhirnya dapat meneruskan kembali kehidupan dengan amalan normal baharu selepas lebih tiga bulan berkurung dirumah.

Bagi memperingati pengorbanan petugas barisan hadapan, beberapa pengarah terkenal tanah air telah bergabung tenaga untuk hasilkan sebuah filem terbaru berjudul Juang. 

Filem terbaru ini akan menceritakan perjuangan petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbangan dalam menghadapi tempoh getir ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. 

Antara pengarah yang terlibat dalam projek mega ini adalah Erma Fatima, Aziz M Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Yusry Abdul Halim.

Filem yang akan menelan belanja sekitar RM6 juta ini akan diterajui oleh tiga pelakon utama iaitu Zizan Razak, Zul Ariffin dan Jack Lim. Apa yang menariknya, filem ini bakal menjadi salah sebuah filem berskala besar pernah dihasilkan kerana ia membabitkan sebanyak 100 pelakon dan 200 tenaga kerja produksi.

Butiran lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan kerana ia masih dalam proses pra produksi dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks