Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joss Whedon Tidak Lagi Terlibat Dengan Pembikinan Filem Batgirl

Joss Whedon yang terlibat dengan pembikinan filem Batgirl hari ini mengumumkan pengundurannya dari kerusi pengarah filem superheroin itu. Selain mengarah, Whedon juga menulis lakonlayar untuk filem ini.

“Batgirl is such an exciting project, and Warners/DC such collaborative and supportive partners, that it took me months to realize I really didn’t have a story,” dedah Whedon dalam kenyataan pengunduran dari pembikinan filem Batgirl

Whedon memulakan projek Batgirl sejak tahun lalu dengan harapan dapat membawa satu lagi watak heroin ke layar perak selepas Warner Bros. dan DC berjaya menghasilkan filem Wonder Woman.  

Pengunduran Josh Whedon itu telah menimbulkan desas-desus bahawa Warner Bros. kini sedang mencari pengarah wanita untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh bekas pengarah Avengers: Age of Ultron itu

Karakter Batgirl merupakan antara karakter komik DC yang cukup popular. Batgirl atau aliasnya Barbara Gordon adalah anak kepada komisioner polis Bandar Gotham, James Gordon.

Batgirl merupakan salah satu projek filem DCEU yang dihasilkan oleh Warner Bros. dan DC. Antara yang kini sedang dalam perancangan dan pembikinan adalah Shazam!, Suicide Squad 2, Flashpoint, The Joker Origin, Wonder Woman 2 dan The Batman

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment