Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joss Whedon Puji Thor: Ragnarok, Gelar Ia Sebuah Karya ‘Masterpiece’

Walaupun filem terbaru Marvel, Thor: Ragnarok mendapat rating yang cukup tinggi di laman Rottentomatoes dan IMDb, ia masih tidak dapat memuaskan hati segelintir peminat yang mengatakan filem ketiga Thor itu lebih mirip kepada sebuah filem komedi berbanding filem aksi superhero. Malah terdapat juga yang kecewa dengan filem terbaru Thor ini kerana ia tidak menepati apa yang diharapkan oleh peminat.

Ini gara-gara perubahan yang dilakukan oleh pengarah Taika Waititi yang mengubah filem Thor dari sebuah filem serius dan sedikit ‘dark’ kepada sebuah filem yang ringan, penuh dengan humor serta berwarna-warni.

Terbaru, bekas pengarah filem Age of Ultron, Joss Whedon telah memuji filem arahan Taiki Waititi di laman Twitter beliau dengan mengatakan Thor: Ragnarok merupakan sebuah karya ‘modern masterpiece’. Malah beliau juga teruja dengan mood filem Thor yang gila-gila dan menarik.

Joss Whedon telah beralih ke DC selepas beberapa tahun bersama Marvel Studio bagi membantu Zack Snyder menyiapkan filem Justice League, malah beliau juga akan terlibat dengan Warner Bros. untuk menyiapkan filem-filem DC akan datang.

Thor: Ragnarok kini telah mendapat rating di IMDb 8/3/10 dari kalangan pengguna laman web filem tersebut, manakal di laman web Rottentomatoes, ia mengumpul skor sebanyak 96% dari kalangan pengkritik filem profesional. Walaupun belum menayangkan filem tersebut di negara sendiri, Thor: Ragnarok telah mengumpul kutipan tiket sebanyak $107.6 juta dari seluruh dunia. Dijangkakan, filem terbaru Marvel ini akan mendapat kutipan besar apabila mula ditayangkan di US pada 3 November 2017.

Related posts

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Kakimuvee

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Leave a Comment