Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joss Whedon Menjadi Pilihan Utama Marvel Studios Untuk Arahkan Filem Reboot X-Men


Walaupun Marvel Studios sudah memiliki hak terhadap karakter-karakter X-Men, peminat mungkin terpaksa menunggu sedikit lama sebelum menyaksikan karakter mutant itu diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe. Ini kerana, pihak studio mahu menumpukan beberapa projek fasa 4 yang terdiri daripada beberapa siri televisyen dan filem.

Namun, persediaan awal itu penting. Menurut laporan dari laman CosmicBookNews, bekas pengarah Avengers: Age of Ultron, Joss Whedon kini menjadi pilihan utama pihak studio untuk mengarahkan filem ‘reboot’ X-Men.

Whedon tidak lagi terlibat dalam filem-filem MCU sejak Age of Ultron yang diterbitkan pada tahun 2015, namun dia merupakan orang penting dalam perkembangan siri X-Men. Dia merupakan pencipta siri komik Astonishing X-Men yang diterbitkan awal tahun 2000an, dan terlibat dalam pembikinan filem pertama X-Men yang diterbitkan oleh studio Fox pada tahun 2000.

Selepas meninggalkan Marvel, Whedon bekerja dengan DC dan terlibat dalam proses penggambaran semula filem Justice League dan hampir menghasilkan filem Batgirl. Namun selepas DC dan Warner Bros. merombak struktur sinematik filem DC, Whedon meninggalkan studio terbabit untuk menghasilkan projeknya sendiri bersama HBO. Dia kini terlibat dalam projek HBO berjudul The Nevers dan sedang membangunkan siri reboot Buffy the Vampire Slayer dimana dia bertindak selaku penerbit eksekutif.

Setakat ini, penglibatan Whedon dengan filem reboot X-Men masih diperingkat perbincangan. Keputusan untuk mengambil Whedon sebagai ketua barisan kreatif filem X-Men hanya akan diketahui apabila Marvel Studios mengumumkan filem tersebut dimasa akan datang.


Kepada peminat-peminat Marvel, adakah anda mahu melihat Whedon menjadi pengarah filem reboot X-Menkongsikan pendapat anda.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee