Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

IFC Films telah melancarkan trailer pertama Werewolves Within arahan Josh Ruben yang menggoda barisan pelakon bintangnya dan mashup genre whodunnit. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Filem ini, yang ditulis oleh Mishna Wolff (I’m Down) dan disutradarai oleh Ruben, berpusat di bandar kecil Beaverfield ketika paip gas telah menyebabkan perpecahan di dalam bandar dan ribut salji yang memerangkap pendudukannya di dalam sebuah penginapan tempatan. Seorang renjer hutan, Finn dan pekerja pejabat post, Cecily perlu bekerjasama untuk cuba mengekalkan keamanan dan membongkar kebenaran di sebalik makhluk misteri yang mula melakukan keganasan terhadap penduduk.

Barisan pelakon terdiri daripadi Sam Richardson (Detroiters), Milana Vayntrub (This is Us), George Basil (Crashing), Sarah Burns (Barry), Michael Chernus (Tommy), Catherine Curtin (Orange is the New Black), Wayne Duvall (The Hunt), Harvey Guillén (What We Do In The Shadows), Rebecca Henderson (Russian Doll), Cheyenne Jackson (30 Rock), Michaela Watkins (Brittany Runs a Marathon) dan Glenn Fleshler (True Detective).

Werewolves Within diterbitkan oleh Film & Television dan Vanishing Angle. Filem ini akan ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 26 Jun diikuti pelancaran di Video-on demand dan digital pada 2 Julai. 

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Leave a Comment