Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Josh Brolin Hubungi Marvel Studios Untuk Ketahui Statusnya Sebagai Cable Dalam MCU

Bintangi filem Avengers: Endgame, Josh Brolin dikenali menerusi watak ‘villain’ Thanos dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), dan dia juga turut berperanan dalam filem Marvel keluaran 20th Century Fox menerusi watak mutant Cable dalam filem Deadpool 2. 

Selepas Disney berjaya membeli Fox beberapa bulan yang lalu, karakter-karakter Marvel milik studio Fox telah diletakkan dibawah payung Marvel Studios. Walaupun peminat bergembira apabila melihat karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four kembali ke pangkuan Marvel Studios, ia menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan Cable lakonan Josh Brolin.

Ketika bercakap di ACE Comic Con, Seatlle baru-baru ini, Brolin ditanya peminat adakah dia masih meneruskan peranannya sebagai Cable dibawah bumbung Marvel Studios, memandangkan dia memiliki dua karakter dalam Marvel Cinematic Universe.

Pelakon tersebut mendedahkan, dia telah berhubung dengan pihak Marvel mengenai pekara itu dan hanya menunggu keputusan dari pihak mereka sama ada mahu Brolin meneruskan peranannya sebagai Cable dalam dunia MCU ataupun tidak.

“Wait, Disney bought Fox?!” Brolin joked. “I don’t know what’s going to happen. I’m actually… I’ve been calling them, like, ‘What’s the deal with Cable, man?’ Seriously, 100 percent serious. They’re figuring it out. It’s a big world now, it just got much, much bigger. So who knows?”

Walaupun karakter Marvel Fox telah berada digenggaman Marvel Studios, masa depan francais X-Men dalam MCU masih belum diputuskan oleh mereka. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa kenyataan dari pihak Disney sebelum, mereka merancang untuk meneruskan siri filem Deadpool walaupun filem tersebut berstatus ‘R’.

Ini bermakna, Brolin mungkin kekal dalam filem Deadpool akan datang sekiranya wataknya masih ada. Cuma bagaimana karakter mutant Cable dimasukkan dalam MCU, ia masih lagi menjadi tanda tanya.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment