
Drama yang dinantikan, “Joseon Exorcist” bermula dengan langkah kanan apabila episod pertamanya mencatatkan rating kukuh. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod perdana drama terbaru SBS itu telah merekodkan purata rating sebanyak 5.7 dan 8.9 peratus.
Sementara itu, drama KBS “River Where the Moon Rises” kekal mendahului slot waktunya selama beberapa minggu walaupun terpaksa melakukan rombakan pelakon utama. Episod 22 Mac drama itu telah merekodkan purata rating sebanyak 7.3 peratus dan 8.7 peratus, sedikit penurunan berbanding episod minggu lalu.
Di tvN, drama terbaru “Navillera” memulakan episod pertama dengan rating 2.180 peratus, pemulaan sederhana berbanding drama sebelumnya “L.U.C.A.: The Beginning”, yang menduduki slot waktu yang sama. Sebelum ini, “L.U.C.A.: The Beginning” telah membuka episodnya pertamanya dengan rating sekitar 5 peratus. Navillerra boleh ditonton di Netflix.
“Joseon Exorcist” ditetapkan setelah penubuhan dinasti Joseon, dan ia mengisahkan tentang mayat yang kembali hidup setelah dibunuh oleh keluarga diraja. Jang Dong Yoon berperanan sebagai Putera Chungnyeong, seorang pemuda ulat buku yang terpaksa berperang untuk melindungi Joseon dari roh jahat.
Kam Woo Sung berperanan sebagai Raja Taejong, seorang raja yang tidak berperasaan dan bertekad untuk mengawal roh-roh jahat yang telah mengambil alih kerajaan, tetapi secara diam-diam menyimpan rasa bersalah keatas pertumpahan darah yang disertainya untuk membantu ayahnya menubuhkan dinasti Joseon.
Park Sung Hoon berperanan sebagai Putera Yangnyeong, yang menandatangani kontrak berbahaya dengan roh jahat untuk melindungi orang tersayang.