Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jordana Brewster Kembali Sebagai Mia Dalam Filem Fast and Furious 9


Jika sebelum ini Vin Diesel mengumumkan hari pertama penggambaran filemĀ Fast and Furious 9 menerusi laman Instagram miliknya, pelakon tersebut sekali menggunakan plotform tersebut untuk memberitahu peminat diserata dunia mengenai kepulangan Jordana Brewster dalam keluarga Fast and Furious.

https://www.instagram.com/p/BzOH5ASlDt8/?utm_source=ig_web_copy_link

Bagi yang mengikuti francais ini, pasti mengenai watak yang dilakonan aktres tersebut. Brewster telah membawakan watak Mia dalam 5 filemĀ Fast and Furious.Ā Mia merupakan watak adik kepada Dom (Vin Diesel) dan ‘love interest’ kepada watak Brain (mendiang Paul Walker). Selepas kematian Walker akibat kemalangan pada tahun 2013, wataknya telah dikeluarkan francais selepas filem Fast and Furious 7.

Kepulangan Mia dalam filem kali ini bakal menarik minat penonton yang ingin mengentahui nasib watak Brian selepas karakter tersebut diberikan penamat yang sedih dan gembira dalam filem Fast and Furious 7.Ā 

Filem kesembilan francaisĀ Fast and FuriousĀ akan datang tidak disertai pelakon Dwayne ā€œThe Rockā€ Johnson disebabkan pelakon tersebut terlibat dengan projek spin offĀ Hobbs & Shaw.Ā Bagaimanapun tempat ā€˜The Rockā€™ digantikan bekas seterunya di gelanggang gusti, John Cena.


Fast and Furious 9Ā sepatutnya ditayangkan pada 19 April yang lalu, tetapi terpaksa ditukar tarikh ke 22 Mei 2020 bagi memberi laluan filemĀ Hobbs & ShawĀ yang akan ditayangkan pada 2 Ogos tahun ini.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filemĀ Fast and FuriousĀ iaitu filem ketiga sehingga keenam.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee