Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jordan Vogt-Roberts Berikan Perkembangan Terbaru Filem Metal Gear Solid

Permainan video ciptaan Hideo Kojima, Metal Gear Solid pernah dikhabarkan bakal diangkat ke layar perak, namun setelah beberapa tahun tiada perkembangan terbaru mengenai filem adaptasi permainan video itu. Kini selepas beberapa lama, pengarah Jordan Vogt-Roberts (Kong: Skull Island) memberikan perkembangan terbaru filem tersebut.

Menurut perkongsian Vogt-Roberts dilaman Twitter miliknya, dia bersama barisan kreatifnya telah menghasilkan draf terbaru filem Metal Gear Solid, dan berharap dapat mencari pelakon yang sesuai untuk filemnya itu. Namun pengarah tersebut tidak dapat mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai projek filem itu.

Vogt-Roberts telah mengusahkan projek Metal Gear Solid sejak 5 tahun yang lalu dan skrip yang ditulis oleh Derek Connolly (Jurassic World) telah diserahkan kepada pihak studio pada Julai 2018 serta mensasarkan klasifikasi filem ‘R-rated’ dan mengekalkan visi Kojima.

Sebelum ini, pengarah berusia 35 tahun itu telah menyatakan minat untuk memberikan watak utama Solid Snake kepada Oscar Isaac.

Metal Gear Solid merupakan permainan video penyamaran yang dicipta oleh Hideo Kojima pada tahun 1998. Filem ‘single player’ itu membawa pemain mengawal Solid Snake untuk menyusup masuk fasiliti senjata nuklear dan menyelamatkan tebusan serta menghalang penganas dari melancarkan serangan nuklear.

Filem adaptasi ini akan diterbitkan Avi Arad (Spider-Man) dan anaknya Ari Arad

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment