Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Joo Won Sah Bintangi Filem Aksi Blockbuster Netflix Berjudul “Carter”


Aktor Joo Won disahkan bintangi filem terbaru Netflix bertajuk “Carter“.

Pada 19 Mac, Netflix mengumumkan bahawa Joo Won telah disahkan untuk memainkan peranan utama dalam “Carter”, sebuah filem blockbuster aksi-pengintipan yang akan menggambarkan pengejaran yang mendebarkan.

Joo Won akan memainkan peranan penting sebagai Carter, ejen rahsia berkemahiran tinggi yang telah kehilangan semua ingatannya. Tanpa mengetahui sebabnya, dia akhirnya terlibat dalam operasi seumur hidup.

Setelah menarik perhatian penonton dengan transformasinya menjadi wira aksi dalam drama terbarunya “Alice,” Joo Won sekali lagi akan mempamerkan aksi dalam filem terbaru ini, yang akan diketuai oleh pengarah “The Villainess” dan “Confession of Murder”, Jung Byung Gil.

Butiran plot dan barisan pelakon yang lain akan diumumkan Netflix tidak lama lagi.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee