Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan


Bintang Marvel Cinematic Universe dan Creed III Jonathan Majors telah ditangkap pada hari Sabtu berikutan dakwaan serangan terhadap seorang wanita berusia 30 tahun.

Menurut Jabatan Polis New York, wanita itu memberitahu pegawai polis bahawa dia telah diserang oleh pelakon itu. Dia kemudian dibawa ke hospital dan dirawat kerana “cedera ringan di kepala dan lehernya.” Kemungkinan pertuduhan yang dihadapi Majors ialah mencengkik, serangan dan gangguan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak polis, “Siasatan awal mengenalpasti bahawa seorang lelaki berusia 33 tahun terlibat dalam pertelingkahan domestik dengan seorang wanita berusia 30 tahun. Mangsa memaklumkan kepada polis bahawa dia diserang. Pegawai meletakkan lelaki berusia 33 tahun itu ke dalam tahanan tanpa sebarang insiden. Mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala dan leher dan dibawa ke hospital berdekatan dalam keadaan stabil.ā€

Sementara itu, melalui jurucakapnya, Majors telah menafikan sebarang salah laku.

Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata jurucakap Majors dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Variety. “Kami berharap untuk membersihkan namanya dan menyelesaikan pekara ini.”


Ā