Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Masih banyak lagi kita tidak tahu mengenai Spider-Man: No Way Home, tetapi menurut pengarah Jon Watts, filem threekuel akan datang akan lebih besar dari dari filem-filem Spider-Man sebelumnya. 

“Sudah tentu, kami cuba untuk bercita-cita tinggi,” kata pengarah No Way Home itu. “Ia adalah Spider-Man: Endgame.”

Sementara itu, Tom Holland memberi komen. “Ketika pertama kali saya mengemukakan idea, saya seperti, ‘Wow!, itu akan menjadi luar biasa jika kita dapat melakukannya,” kata pelakon itu. “Tetapi tidak mungkin cara itu berfungsi. Anda tidak akan dapat membuatkan semua orang melakukan apa yang perlu mereka lakukan. Ia tidak akan berlaku.’ Tetapi.. ia berlaku. Dan itu gila.”

Sebahagian daripada kegilaan itu akan melibatkan kepulangan beberapa penjahat klasik Spider-Man, termasuklah Doctor Octopus lakonan Alred Molina. 

Komen dari pengarah dan pelakon itu hadir dengan dua gambar terbaru Spider-Man: No Way Home yang dikongsikan majalah Empire. Gambar tersebut memaparkan Doc Ock sedang mengejar Iron Spider dan Peter Parker sedang memandangkan ancaman yang tidak diketahui. Anda boleh lihat kedua-dua gambar tersebut dibawah.

Spider-Man: No Way Home menyaksikan kepulangan semula Tom Holland sebagai watak superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Spider-Man: No Way Home dijadualkan tayangan pada 17 Disember 2021.

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment