Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jon Watts Akan Terbit Filem “Final Destination 6” Untuk HBO MAX

Pengarah Spider-Man: No Way Home, Jon Watts disahkan menyertai filem terbaru New Line Cinema yang juga ansuran keenam Final Destination, lapor Deadline

Watts, bersama isteri dan pengurus Dianne McGunigle, akan menerbitkan projek yang kini sedang dibangunkan sebagai filem asli HBO Max berdasarkan cerita yang ditulis oleh Watts.


Lakon layar Final Destination 6 ditulis oleh Lori Evans Taylor dan Guy Busick, yang mana mereka berdua sebelum ini telah menulis skrip untuk filem Ready or Not dan reboot Scream yang akan datang. Watts dan McGunigle akan menyertai pasukan penerbit francais, Craig Perry dan Sheila Hanahan Taylor.

“Saya dan Dianne telah menjadi peminat terbesar Final Destination sejak awal lagi,” kata Watts dalam satu kenyataan.“Jadi, dapat terlibat dalam penciptaan cerita baharu dengan pasukan asal dan New Line akan menjadi menyeronokkan dan mengujakan.”

Sudah lebih sedekad sejak tayangan ansuran terakhir Final Destination, di mana ia mengetuai francais itu untuk memperoleh gabungan kutipan kasar di seluruh dunia melebihi AS$ 600 juta. Ansuran keenam telah dibangunkan sejak 2019, di mana projek itu digambarkan sebagai penciptaan semula francais ngeri-seram itu. 

Final Destination 6 bukan satu-satunya filem reboot seram yang akan hadir ke HBO Max. New Line Cinema kini sedang dalam fasa pasca-produksi untuk ansuran terbaru Evil Dead yang bertajuk Evil Dead Rise. 

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment