BeritaSiri TV

Jon Favreau Sahkan The Mandalorian Musim Kedua Akan Bersiaran Pada Musim Luruh 2020

Views

Musim pertama The Mandalorian telahpun berakhir 27 Disember yang lalu, namun peminat sudah tidak sabar menantikan musim kedua siri televisyen Star Wars itu. Bagi meraikan keterujaan peminat, Jon Favreau telah kongsikan butiran lanjut mengenai musim kedua The Mandalorian .

Menerusi laman Twitter miliknya, Favreau mengesahkan bahawa musim kedua siri tersebut bakal menemui penonton di Disney+ pada musim luruh 2020.

The Mandalorian akan menceritakan tentang seorang pahlawan yang telah muncul dalam dunia Star Wars. Ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum kemunculan First Order, siri ini akan membawa penonton merasai penggembaran pahlawan solo itu di kawasan galaksi yang luas dan berjauhan dari kekuasaan New Republic.

Pedro Pascal memainkan peranan sebagai pahlawan tunggal Mandalorian. Dia disertai Gina Carano sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat serta Carl Weathers sebagai Greef, seorang ketua kumpulan “bounty hunters” yang mengupah The Mandalorian untuk tugasan tertentu.

BACA:  Sinopsis The Eternals Acah Peminat Tentang Perang Purba Dengan Deviants; Dedahkan Butiran Baharu Karakter

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Carl Weathers, Omid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte.

Jon Favreau bertindak selaku penerbit eksekutif dan showrunner untuk siri ini. Pengarah musim pertama terdiri daripada Dave Filoni, Deborah Chow, Rick Famuyiwa, Bryce Dallas Howard dan Taika Waititi. The Mandalorian telah memulakan siarannya di Disney+ pada 12 November yang lalu

Tinggalkan Balasan

shares