Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Jon Favreau Kongsi Pandangan Pertama The Mandalorian Musim Ke-2

Semasa tembual bersama Entertainment Weekly, pencipta The Mandalorian yang juga penerbit eksekutif Jon Favreau telah menawarkan pandangan pertama musim Disney+ Star Wars terbaru yang dinantikan peminat. Anda boleh saksikan gambar dibawah. 

The Mandalorian akan memulakan episod pertama pada 30 Oktober ini di Disney+.


Pendedahan terkini musim kedua The Mandalorian menyaksikan Temuera Morrison kembali sebagai Boba Fett, Katee Sackhoff sebagai Bo-Katan dan penampilan pertama Ahsoka Tano dalam siri live action. Bintang Zombieland: Double tap, Rosario Dawson dilaporkan bakal memainkan peranan sebagai Ahsoka Tano. Turut menyertai barisan pelakon musim kedua adalah Timothy Olyphant. 

Selain itu juga, beberapa pengarah dilaporkan turut terlibat dalam pembikinan musim kedua, antaranya Robert Rodriguez (Alita: Batlle Angel) dan pengarah Ant-Man, Peyton Reed, serta barisan pengarah dari musim lalu iaitu Rick Famuyiwa (Dope), Dave Filoni, Carl Weathers dan Jon Favreau (The Lion King).

Selepas kisah Jango dan Boba Feet, satu lagi pahlawan telah muncul dalam dunia Star Wars. The Mandalorian ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum bangkitnya First Order. Penonton akan mengikuti penggembaraan pahlawan tunggal menuju ke galaksi yang jauh dari kekuasaan New Republic. 

Pedro Pascal memainkan peranan utama sebagai The Mandalorian, dan disertai Gina Carano yang memainkan peranan sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat; serta Carl Weather sebagai Greef, ketua kumpulan pemburu upahan yang mengupah The Mandalorian untuk menjalankan tugas tertentu. 

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Mid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte.

Related posts

“The Boys” Disambung Hingga Musim 4

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Dota: Dragon’s Blood” Musim 3, Dedah Pandangan Pertama

Kakimuvee

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment