Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Jon Favreau Dedah Tarikh Siaran THE MANDALORIAN Musim Ke-2


Walaupun Hollywood turut terkesan dengan pandemik COVID-19, jadual tayangan siri Disney+ The Mandalorian musim kedua tidak terjejas.

Ini kerana, penggambaran siri tersebut telahpun selesai sebelum pandemik semakin teruk, pasukan produksi dapat menyiapkan suntingan dengan melakukan kerja-kerja dirumah.

Sehubungan dengan itu, penerbit Jon Favreau mendedahkan, The Mandalorian musim kedua akan tetap ditayangkan seperti yang dijadualkan iaitu pada Oktober ini.

“We were lucky enough to have finished photography before the lockdown, so thanks to how technology-forward Lucasfilm and ILM are, we’ve been able to do all the editing visual effects remotely,”

“It will be available as planned on Disney+ in October.”


The Mandalorian menceritakan tentang seorang pahlawan yang telah muncul dalam dunia Star Wars. Ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum kemunculan First Order, siri ini akan membawa penonton merasai penggembaran pahlawan solo itu di kawasan galaksi yang luas dan berjauhan dari kekuasaan New Republic.

Pedro Pascal memainkan peranan sebagai pahlawan tunggal Mandalorian. Dia disertai Gina Carano sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat serta Carl Weathers sebagai Greef, seorang ketua kumpulan “bounty hunters” yang mengupah The Mandalorian untuk tugasan tertentu.

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Carl Weathers, Omid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte. Jon Favreau bertindak selaku penerbit eksekutif dan showrunner untuk siri ini. Pengarah musim pertama terdiri daripada Dave Filoni, Deborah Chow, Rick Famuyiwa, Bryce Dallas Howard dan Taika Waititi.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee