Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jon Bernthal Kembali Sebagai The Punisher Dalam ‘Daredevil: Born Again’

Jon Bernthal akan kembali sebagai Frank Castle/The Punisher dalam siri terbaru Marvel Stuidos, Daredevil: Born Again.

Menurut THR, Bernthal sekali lagi akan mengulangi peranan antihero popular Marvel dalam siri Daredevil yang akan datang, menyertai Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio.

Pelakon itu membuat penampilan pertama dalam siri Marvel Netflix Daredevil pada musim 2, dimana dia bertembung dengan watak lakonan Cox, Daredevil disebabkan perbezaan matlamat. Dia kemudiannya membintangi siri Netflix-nya sendiri, The Punisher, yang keudara selama dua musim di perkhidmatan streaming itu. 

Sebelum ini Bernthal pernah mendedahkan bahawa dia berminat untuk kembali sebagai The Punisher dalam MCU dengan syarat Marvel Studios membenarkannya untuk mengekalkan perwatakan The Punisher yang ganas sepertimana dalam siri asalnya. 

Berdasarkan karakter ciptaan Gerry Conway, John Romita Sr., dan Ross Andru, siri Netflix The Punisher dicipta oleh Steven Lightfoot dan turut menampilkan beberapa pelakon seperti Ebon Moss-Bachrach, Ben Barnes, Amber Rose Revah dan ramai lagi. 

Daredevil: Born Again digambarkan sebagai kelahiran semula dari siri asli Netflix dengan tempoh tayangan yang panjang iaitu selama 18 episod. Ia menampilkan pelakon utama Charlie Cox serta Vincent D’Onofrio yang mana kedua-duanya akan meneruskan peranan mereka sebagai Matt Murdock/Daredevil dan Wilson Fisk/Kingpin.

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment