Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jon Bernthal Bintangi Filem Biopik Neil Armstrong Berjudul First Man

Bintang TV Siri The Walking Dead dan yang terbaru, The Punisher, Jon Bernthal dilaporkan akan menyertai Ryan Gosling dan Kyle Chandler dalam filem biopik angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di Bulan, Neil Armstrong dalam filem berjudul First Man.

Menurut laporan Screencrush.com, Bernthal akan memulakan pengambaran filem berkenaan pada November ini di Atlanta, Amerika Syarikat. Laporan itu juga menyebut, aktor berkenaan akan membawakan watak angkasawan Dave Scott, salah seorang angkasawan yang terlibat dalam misi Gemini VIII yang juga rakan kepada Neil Armstrong.

Filem First Man diarahkan oleh pengarah filem La La Land Damien Chazelle manakala Ryan Gosling akan membawakan watak utama sebagai Neil Armstrong manakala Kyle Chandler pula akan membawakan watak Deke Slayton. Turut membintangi filem biopik ini ialah Claire Foy yang memegang watak Janet Shearon, Corey Stoll sebagai Buzz Aldrin dan Jason Clarke sebagai Edward Higgins White.

First Man akan mengisahkan kehidupan Neil Armstrong sebagai angkasawan dari tahun 1961 sehinggalah dia menjadi angkasawan pertama mendarat di bulan pada tahun 1969. Filem ini juga berdasarkan dari novel biopik berjudul sama yang ditulis oleh James R. Hansen

First Man dijangka akan ditayangkan 12 Oktober 2018.

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment