Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jon Bernthal Akan Kembali Sebagai The Punisher

Seperti rancangan Marvel Netflix yang lain, The Punisher juga menerima nasib yang sama apabila dibatalkan oleh Netflix pada Februari yang lalu. Pembatalan rancangan tersebut telah mengejutkan peminat-peminat Marvel TV kerana merasakan rancangan The Punisher patut diteruskan.

Bagi pelakon Jon Bernthal, dia tidak mampu berbuat apa-apa selepas mengentahui rancangan yang dibintanginya itu akan dibatalkan oleh Netflix.

Melihat betapa popularnya rancangan The Punisher dan lakonan Bernthal sebagai Frank Castle, peminat kini berharap karakter anti hero itu dapat membuat kemunculan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Kini laporan terbaru dari laman We Got This Covered mungkin akan mengembirakan peminat-peminat Marvel TV. Seperti Krysten Ritter dan Charlie Cox yang dikhabarkan akan kembali sebagai Jessica Jones dan Charlie Cox a.k.a Daredevil, Jon Bernthal dilaporkan akan turut meneruskan wataknya sebagai Frank Castle a.k.a The Punisher, dan akan membuat kemunculan dalam MCU.

Cuma buat masa ini, tidak diketahui bagaimana Castle akan diperkenalkan, sama ada dalam rancangan televisyen atau terus ke layar perak.

Peminat mungkin terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk mengentahui apa perancangan Marvel Studios terhadap karakter-karakter Marvel Netflix memandangkan perjanjian diantaran Marvel TV dan Netflix akan berakhir pada tahun hadapan. Marvel Studios juga telahpun mengambilalih pengurusan Marvel TV, dan diharapkan dengan pengambilalihan itu, beberapa karakter popular dapat diserap masuk ke MCU.

Jadi kepada para peminat, adakah anda tidak sabar untuk melihat The Punisher beraksi di MCU? kongsikan pendapat anda.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee