Berita

Joker Terus Kuasai Carta Box Office AS, Tambah $178.7 Juta Dolar Seluruh Dunia

Views

Walaupun disakiti, Joker terus menguasai carta box office Amerika Syarikat (AS) apabila menambah $55 juta dolar pada minggu kedua tayangan, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan domestik sebanyak $192.7 juta dolar. Untuk pasaran antarabangsa, filem solo terbitan Warner Bros. / DC itu berjaya menambah $123.7 juta dolar pada minggu kedua tayangan sekaligus mengumpul kutipan sebanyak $351.2 juta dalam tempoh 12 hari tayangannya.

Secara keseluruhan, Joker kini telah mengutip $543.9 juta dolar seluruh dunia dan dijangka mampu melepasi kutipan beberapa filem komik DC seperti Justice League ($657 juta) dan Man of Steel ($668 juta). Dengan modal pembikinan hanya $55 juta, Joker kini menjadi antara filem Warner Bros. yang paling sukses.

Berada ditangga kedua carta box office AS adalah filem animasi The Addams Family yang mencatatkan kutipan minggu pembukaan sebanyak $30.3 juta dolar.

Sementara itu, filem bermodal besar iaitu Gemini Man terbitan Paramount agak sendu pada minggu pembukaan apabila hanya mencatatkan kutipan sebanyak $20.5 juta dipasaran domestik AS. Untuk pasaran antarabangsa, filem arahan Ang Lee ini mencatatkan kutipan sebanyak $39 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $59 juta dolar. Untuk info, kos pembikinan filem aksi sains fiksyen ini menelan belanja sebanyak $138 juta dolar.

BACA:  Gambar Terbaru Diset Penggambaran Black Widow Dedahkan Pandangan Pertama Villain Dipercayai Taskmaster

Untuk lain-lain, filem animasi Abominable terbitan Universal telah menambah $6.17 juta dolar dipasaran domestik AS dan $15 juta dipasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah $108.1 juta.

Tinggalkan Balasan

shares