Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joker Pecah Rekod Kutipan Filem “R-Rated” Paling Tinggi, Atasi Dua Filem Deadpool


Filem terbitan Warner Bros., Joker akhirnya menjadi filem ‘R-Rated’ paling tinggi kutipan tiket, mengatasi dua filem superhero terbitan Fox iaitu Deadpool dan Deadpool 2. 

Sehingga Khamis yang lalu, Joker berjaya memperolehi $788.1 juta dolar seluruh dunia, melepasi kutipan tiket filem Deadpool yang meraih $782 juta dolar dan filem sekuel Deadpool 2 yang mencatatkan kutipan sebanyak $785 juta dolar (kutipan Deadpool 2 termasuk tayangan versi PG-13).

Joker yang diarahkan oleh Todd Philips dan dibintangi oleh Joaquin Phoenix sebagai watak utama telah dilanda kontroversi sebelum tayangannya pada 4 Oktober yang lalu. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang Joker untuk mencipta rekod box office bulan Oktober Amerika Syarikat bagi minggu pembukaan apabila mengatasi satu lagi filem superhero, Venom dengan kutipan sebanyak $93.5 juta dolar

Penganalisis menjangkakan, Joker akan dapat meraih $825 juta dolar pada hujung minggu ini.

Selain Phoenix, filem ini turut dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Robert De Niro, Zazie Beetz, Marc Maron,, Frances Conroy, Brett Cullen, Glenn Fleshler, Douglas Hodge, Josh Pais dan Shea Whigham.


Joker masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee