Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joker Menangi Anugerah Utama Di Festival Filem Venice

Filem adaptasi komik DC, Joker dilihat mampu menjadi pencabar terbesar bagi kategori Filem Terbaik Oscar selepas berjaya meriah hadiah utama iaitu anugerah Golden Lion di Festival Filem Venice baru-baru ini. Anugerah Golden Lion diberikan kepada Filem Terbaik di festival filem tersebut

Bagaimanapun, Joaquin Phoenix tidak menerima anugerah bagi prestasinya sebagai Joker, sebaliknya anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi aktor Luca Marinelli menerusi lakonannya dalam filem Martin Eden adaptasi dari novel berjudul sama karya Jack London.

Jika kemenangan filem Joker di Festival Filem Joker seiring dengan prestasi baik dipentas Box Office, peminat nanti boleh menjangkakan perubahan yang bakal dibuat Warner Bros. dalam dunia sinematik adiwiranya.

Tidak mustahil, dimasa akan datang pihak studio akan menghasilkan filem-filem seperti Joker dengan jalan cerita yang lebih dewasa dan ‘dark’.

Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, dimana ia mengisahkan tentang seorang “stand-up comedy” yang gagal yang berubah menjadi penjenayah dan kekacauan di bandar Gotham, secara perlahan-lahan menjadi legenda yang sangat menakutkan.

Joaquin Phoenix akan memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang akhir akan bertukar kepada penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron.

Joker akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober 2019.

Related posts

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Leave a Comment