Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joker Lepasi Angka $1 Billion Dolar Seluruh Dunia!

Joker kini boleh menari dengan riang ria selepas berjaya melepasi angka $1 billion dipentas box office seluruh dunia, sekaligus menjadikan filem ‘r-rated’ pertama yang menyertai kelab eksklusif 1 billion.

Pencapaian Joker itu boleh dikatakan agak memberangsangkan memandangkan ia dibikin dengan modal yang rendah iaitu sekitar $62.5 juta dolar dan tidak mendapat bantuan dari pasaran China. Untuk info. kerajaan China telah mengharamkan filem Joker kerana bimbang filem Joker akan mempengaruhi krisis bantahan yang kini sedang berlaku di Hong Kong.

Kejayaan ini menguatkan lagi sebab untuk studio Warner Bros. menghasilkan filem kedua Joker. Setakat ini, perancangan sekuel masih belum diumumkan, tetapi pengarah Todd Philips dan Joaquin Phoenix serta pihak studio telah menyatakan minat untuk merancang projek pembikinan filem kedua Joker. 

Filem Joker sebelum ini telah mencipta beberapa rekod termasuklah menewaskan Venom untuk menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi minggu pertama untuk bulan Oktober dan mengatasi filem Deadpool 2 dalam perebutan takhta kutipan filem ‘r-rated’ tertinggi seluruh dunia.

Joaquin Phoenix memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang akhir akan bertukar kepada penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron.

Joker masih lagi ditayangkan dibeberapa pawagam tempatan.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment