Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joker Kini Menjadi Filem Komik Paling Untung Sepanjang Zaman

Dengan budget yang jauh lebih kecil daripada kebanyakan filem-filem komik, Joker kini menjadi filem adaptasi komik yang paling menguntungkan sepanjang zaman.

Sehinggakini, filem terbitan Warner Bros. itu telahpun mengumpul lebih $956 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan 5 minggu yang lalu. Di Utara Amerika sahaja, Joker telah mengutip $304.2 juta dolar dan memecahkan beberapa rekod blockbuster.

Dengan kos pembikinan hanya $62.5 juta serta budget pemasaran yang kecil,  filem tersebut telah memperolehi pulangan sebanyak 15.3 kali ganda dari kos pembikinan filem.

Untuk info, rekod sebelum ini dipegang filem The Mask (1994) lakonan Jim Carrey. Filem adapatasi komik The Mask itu memperolehi kutipan sebanyak $353 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan sebanyak $23 juta dolar.

Joker dijangkakan dapat mencapai angka $1 billion dolar dalam masa terdekat, dan pretasi baik ini boleh dianggap sebagai satu pencapai yang cukup luarbiasa buat Warner Bros., lebih-lebih lagi filem ini tidak ditayangkan di China.

Dengan kejayaan Joker ini tidak mustahil Warner Bros. akan terus mengeluarkan filem-filem komik ‘r-rated’ di masa akan datang.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment