Berita

Joker Kembali Kuasai Carta Box Office AS

Views

Selepas berjaya menewaskan Deadpool untuk menduduki tangga pertama filem 'r-rated' yang mendapat kutipan tertinggi, Joker terus mencipta sejarah apabila menjadi filem 'r-rated' pertama melepasi kutipan $800 juta. Filem terbitan Warner Bros. itu kembali menduduki tangga pertama carta Box Office Amerika Syarikat selepas meraih $18.9 juta dolar pada minggu keempat tayangannya, menjadikan jumlah keseluruhan domestik AS sebanyak $277.5 juta.

Untuk jumlah keseluruhan, Joker kini berjaya meraih hampir $850 juta dolar seluruh dunia, sekaligus turut mengatasi kutipan filem Wonder Woman ($821 juta dolar) dan semakin hampir untuk mengatasi satu lagi filem terbitan Warner Bros. / DC, Batman V. Superman: Dawn of Justice yang mencatatkan kutipan sebanyak $873.6 juta.

Ditangga kedua carta Box Office AS adalah filem Maleficent: Mistress of Evil yag mencatatkan kutipan sebanyak $18.5 juta dolar pada minggu kedua tayangan, menjadikan jumlah keseluruhan domestik sebanyak $65.4 juta dan $93.5 juta seluruh dunia.

Filem animasi The Addams Family menduduki tangga ketiga dengan pertambahan $11.7 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak $84 juta.

Lain-lain kutipan, Zombieland: Double Tap berada ditangga keempat dengan penambahan sebanyak $11.6 juta dolar pada munggu kedua. Filem seram terbaru Countdown terbitan STXFilms, telah mencipta kejutan apabila meraih $9 juta dolar di pasaran domestik AS. Kos pembikinan Countdown hanya mencecah $6 juta dolar.

Sementara filem Black and Blue terbitan Screen Gems berjaya meraih $8.3 juta dolar pada minggu pembukaan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks