Berita

Joker Disenaraikan Dalam 10 Filem Paling Tinggi Rating Dilaman IMDb

Views

Walaupun terdapat perbezaan yang cukup ketara dikalangan para pengkritik profesional, ia tidak menghalang Joker untuk mendapat perhatian yang cukup tinggi dikalangan penonton.

Selepas berjaya memecahkan rekod bulan Oktober yang dipegang filem Marvel, Venom dengan kutipan minggu pembukaan melebihi $90 juta dolar (pasaran domestik Amerika Syarikat), Joker sekali lagi membuktikan bahawa penonton amat menyukai filem tersebut apabila tersenarai dalam 10 filem paling tinggi rating dilaman IMDb.

Joker kini mendapat rating sebanyak 9/10, hasil penilaian dari penonton, dan nilai tersebut menyamai rating filem The Dark Knight arahan Christopher Nolan serta The God Father: Part II arahan Francis Ford Coppola.

Namun begitu, peminat perlu menjangkakan perubahan rating yang diterima, sama ada semakin meningkat ataupun menurun memandangkan akan ada lebih banyak penilaian dari pengguna IMDb dimasa akan datang.

Setakat ini, Joker mendapat peratusan rating 68% dilaman Rottentomatoes dan 58% dilaman Metacritic, manakala dilaman Cinemascore, pengguna telah memberikan penilai B+ terhadap filem arahan Todd Philips itu.

Jadi kepada penonton yang telah menyaksikan filem Joker, berapa rating yang anda berikan kepada filem ini? kongsikan kepada kami.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks