Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joker Dijangka Meraih $155 Juta Dolar Seluruh Dunia Pada Minggu Pertama Tayangan

 

Filem terbaru Warner Bros. / DC Joker bakal memulakan tayangannya di seluruh dunia pada minggu ini. Penganalisis menjangka, Joker mampu meraih $155 juta dolar seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya, sekaligus berada dikedudukan kedua dibelakang filem Venom yang masih memegang rekod kutipan tertinggi bulan Oktober dengan kutipan sebanyak $207.4 juta dolar.

Bagaimanapun, untuk hari pembukaan di pasaran domestik Amerika Syarikat, Joker dilihat berpeluang untuk memecahkan rekod Venom apabila dijangka meraih $90 juta dolar berbanding Venom yang mengutip $80 juta pada tempoh yang sama.

Joker setakat ini menerima ulasan positif dari para pengkritik – kini mendapat rating 78% dilaman Rotten Tomatoes dan menjadi antara filem yang paling dinantikan oleh peminat filem komik.

Berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, dimana ia mengisahkan tentang seorang pelawak pentas yang gagal, telah berubah menjadi penjenayah dan kekacauan di bandar Gotham, secara perlahan-lahan menjadi legenda yang sangat menakutkan.

Joaquin Phoenix akan memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang akhir akan bertukar kepada penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron.

Joker akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober 2019.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment