Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joker Dijangka Lepasi Angka $900 Juta Dolar, Nasib Terminator Agak Suram

Joker yang baru sahaja mengatasi Deadpool 2 untuk menjadi filem ‘r-rated’ yang mendapat kutipan tertinggi, dijangka akan terus mencipta rekod baru dengan menjadi filem ‘r-rated’ pertama melepasi kutipan $900 juta dolar

Filem arahan Todd Philips itu telah menambah $3.84 juta pada Jumaat yang lalu, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan domestik AS mencecah $287.53 juta, dan kutipan keseluruhan sebanyak $888 juta dolar. Joker kini hanya memerlukan sekurang-kurangnya $13 juta dolar lagi untuk mencipta satu lagi rekod.

Sementara itu, filem terbitan Paramount Pictures, Terminator: Dark Fate mengalami nasib yang seperti tajuknya apabila hanya mampu meraih $10.6 juta pada minggu pertama tayangannya di Amerika Syarikat. Manakala di pasaran antarabangsa, filem tersebut hanya mengutip $12.6 juta menjadikan jumlah keseluruhan hanya $23.2 juta dolar sahaja.

Dengan kutipan minggu pertama yang kurang memberangsangkan, Terminator: Dark Fate mengalami kesukaran mendapatkan kembali modal pembikinan yang mencecah diantara $185 juta dan $196 juta dolar, serta berpotensi menjadi antara filem yang gagal dari segi komersial untuk tahun ini.

*Joker dan Terminator: Dark Fate kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee