Berita

Joker Cipta Rekod Kutipan Oktober, Catat $234 Juta Seluruh Dunia.

Views

Meskipun dilanda kontroversi keganasan di Amerika Syarikat, filem terbaru Warner Bros./DC, Joker tetap berjaya menepati ramalan penganalisis apabila meraih $93.5 juta dolar pada minggu pembukaan dipasaran domestik Amerika Syarikat.

Kutipan tersebut sekaligus mencipta rekod baru untuk bulan Oktober yang sebelum itu dikuasai oleh Venom. 

Untuk pasaran antarabangsa, Joker berjaya meraih $140.5 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan minggu pembukaan mencecah $234 juta dolar seluruh dunia. Dengan prestasi awal yang cukup memberangsangkan ini, penganalisis menjangkakan, Joker tidak akan mengalami masalah untuk mengutip lebih $750 juta dolar sepanjang tempoh tayangan.

Satu lagi filem Warner Bros., iaitu IT: Chapter Two dilihat tidak mampu untuk mengatasi rekod filem terdahulu apabila hanya mencatatkan kutipan sebanyak $436.7 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada 6 September yang lalu. Namun begitu, dengan modal pembikinan sebanyak $65 juta dolar, ia masih dianggap sebagai sukses dari segi komersial. Untuk rekod, filem pertama IT yang diterbitkan pada tahun 2017 berjaya mencatatkan kutipan sebanyak $700 juta dolar seluruh dunia.

Sementara itu, filem terbitan Lionsgate, Rambo: Last Blood telah mengumpul $64 juta dolar seluruh dunia sejak ia mula ditayangkan pada 20 September yang lalu. Bagaimanapun, dengan modal pembikinan sebanyak $50 juta, filem kelima Rambo itu bakal menghadapi kesukaran untuk menambah kutipan tiket memandangkan terdapat beberapa filem besar yang sedang menanti untuk ditayangkan.

Berikut adalah kutipan terkini beberapa filem Hollywood:

  1. Angel Has Fallen: $128.9 juta dolar.
  2. Ad Astra: $111.5 juta dolar
  3. Ready or Not: $48 juta dolar
  4. 47 Meters Down: Uncaged: $35 juta dolar

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks