Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Joker Akan Memulakan Pengambaran Pada Tahun 2018

Filem The Joker dilaporkan bakal memulakan pengambaran pada tahun hadapan, menurut laporan yang dikeluarkan dari laman web Screenrant.com. Laman web itu juga memberitahu, skrip untuk filem tersebut juga hampir disiapkan dan dijangka akan siap sepenuh pada minggu hadapan.

Filem yang bakal diarahkan oleh pengarah Todd Phillips ini dikatakan tidak akan termasuk dalam DC Extended Universe (DCEU) dan bakal menceritakan asal usul Clown Prince of Crime itu semasa kecil dan akan berbeza dari apa yang diketahui oleh peminat.

Buat masa ini tidak diketahui apa yang sedang dirancang oleh pihak studio Warner Bros. dalam menghasilkan sebuah filem adaptasi komik DC yang tidak berkait dengan DC Extended Universe. Malah watak Joker dalam filem ini juga bukan dibawa oleh Jared Leto yang mana kita ketahui aktor tersebut merupakan aktor yang membawakan watak Joker dalam DCEU

Apapun kita nantikan perkembangan filem terbaru Warner Bros. ini.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment