
Joker 2 secara rasmi akan dihasilkan!!
Bagi berkongsi berita itu kepada peminat, pengarah Todd Philips telah kongsiikan gambar muka hadapan skrip dan bintang utama Joaquin Phoenix yang sedang membaca skrip tersebut.
Ditulis oleh Phillips dan Scott Silver, edisi skrip ini dibuat pada 18 Mei 2022. Skrip itu berkemungkinan mendedahkan tajuk sekuel akan datang iaitu “Joker: Folie à Deux”, yang merujuk kepada gangguan delusi yang dikongsi dengan nama yang sama.
Anda boleh lihat pengumuman Joker 2 oleh Todd Philips dibawah:
Filem pertama Joker telah ditayangkan pada 2019 dan berjaya mencipta kejayaan, bukan sahaja mendapat pujian para pengkritik dan penonton, malah ia mengecapi kejayaan box office yang cukup luarbiasa dengan mengutip AS$1.074 bilion dolar seluruh dunia.
Diterajui Joaquin Phoenix sebagai watak utama, Joker menampilkan barisan pelakon seperti Zazie Beetz (Deadpool 2), Bill Camp (Red Sparrow, Molly’s Game), Frances Conroy (American Horror Story), Brett Cullen (Narcos), Glenn Fleshler (Barry), Douglas Hodge (Penny Dreadful), Marc Maron (GLOW), Josh Pais (Motherless Brooklyn), dan Shea Whigham (First Man).