BeritaSiri TV

Johnny Galecki & CBS Kembali Bekerjasama Dalam Sitkom Terbaru Bait and Tackle

Views

Bintang Big Bang Theory, Johnny Galecki akan kembali bekerjasama dengan stesyen penyiaran CBS dalam sitkom terbaru berjudul Bait and Tackle. 

Bait and Tackle akan memberi fokus kepada sekumpulan sahabat dari pelbagai latarbelakang yang menjalankan perniagaan umpan di sebuah kedai yang terletak di bandar kecil Bainbridge, Georgia. Siri ini juga akan mengekplotasi usaha mereka “mencari kasih sayang, tujuan dan kebahagian dalam bandar yang mereka tidak sabar untuk berpindah tetapi tiada siapa sanggup melakukannya.”

Brian Kelley akan menerbitkan siri ini manakala Mike Hobert dan Adrian Wenner berkerjasama dalam menghasilkan skrip. Siri ini juga akan diterbitkan Warner Bros. dibawah selian syarikat penerbitan milik Galecki, Alcide Bala.

Galecki telah terlibat dalam beberapa projek sejak berakhirnya The Big Bang Theory pada Mei yang lalu, Dia telah menjadi penerbit eksekutif untuk siri CBS, Living Biblically serta filem The Master Cleanse. 

Sumber: The Hollywood Reporter

Tinggalkan Balasan

shares