Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Johnny English Strikes Again Review


Bagi yang meminati siri televisyen Mr. Bean, pasti tidak akan terlepas menonton filem-filem lakonan Rowan Atkinson. Terbaru, aktor komedi itu kembali menerusi filem terbarunya, Johnny English Strikes Again dengan membawakan watak ejen MI7, Johnny English.

Selepas bersara dari perkhidmatan perisikan MI7, Johnny English telah menjadi guru disebuah sekolah dan mengajar anak muridnya menjadi seorang perisik. Ketika itu, Britain dilanda serangan siber yang menyaksikan Johnny English adalah harapan terakhir untuk mematahkan serang tersebut. Namun, dalam usaha menjejaki penjenayah siber tersebut, Johnny telah menghuru-harakan keadaan.

Seperti biasa, filem-filem lakonan Rowan Atkinson akan memberikan komedi yang cukup mengelikan hati, termasuk jugalah filem terbarunya ini. Walaupun komedinya ada yang anggap klise, bagi saya komedinya sangat klasik, mengingatkan nostalgia menonton siri televisyen Mr. Bean. Boleh saya katakan, sepanjangan tontonan filem ini, saya sangat terhibur dengan babak-babak komedinya terutamanya kita Johnny English ‘membelasah’ orang awam kerana dia menyangka berada didalam permainan maya.

Disebabkan filem ini memiliki banyak komedi yang cukup mengelikan hati, saya tidak begitu ambil kisah akan jalan ceritanya. Bagaimanapun, saya tetap ingin mengatakan bahawa jalan cerita sangat mudah untuk dijangka dan tiada nilai. Penamat cerita juga tidak begitu menarik dan terlampau singkat, manakala penjahatnya pula terlampau mudah untuk ditewaskan.

Karakter-karakter filem ini juga tidak begitu menyakinkan. Hanya Johnny English saya yang menonjol. ‘Sidekick’ tidak begitu menarik seperti Colin Tucker dalam filem Johnny English Reborn. Malah penjahat bagi seperti ‘pondan’, sayang pengarah dan penulis filem ini tidak menguatkan kejahatan ‘villain’ filem kali ini sepertimana dua filem awal. Paling saya menyampah adalah karakter Perdana Menteri Britain yang nampak seperti seorang pemabuk inggeris gila pada lelaki kacak.


Bagaimanapun, beberapa kelemahan filem ini berjaya ditutup dengan aksi-aksi komedi Johnny English. Mujur pelakonnya berjaya menyelamatkan keadaan dengan membuatkan penonton  (termasuk saya) melupakan segala kelemahan ketara filem ini. Johnny English Strikes Again bukan filem yang bagus dari segi penceritaan dan karakternya, tetapi komedinya mampu membuatkan anda tertawa terbahak-bahak.

Rating Kakimuvee: 6.5/10


Related posts

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Mat Tudung Begins (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Meg 2: The Trench (2023)

Kakimuvee