Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Johnny Depp Tidak Berminat Dengan Trofi Oscar

Johnny-Depp

AKTOR terkenal Hollywood, Johnny Depp tidak berminat untuk memenangi trofi Oscar biarpun namanya beberapa kali dicalonkan menerusi anugerah berprestij itu.

Entertainment Weekly melaporkan Johnny, 52, tidak pernah berniat untuk bersaing dengan sesiapa apatah lagi menerusi anugerah tersebut.

“Idea trofi dan kemenangan adalah anda bersaing dengan beberapa individu lain dan saya tidak berminat untuk berbuat demikian.

“Saya selesa dengan apa yang saya lakukan tanpa berharap sebarang kemenangan atau pengiktirafan. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi tidak mengapa,” katanya.

Johnny berkata demikian sebagai mengulas namanya disebut-sebut sebagai calon kegemaran bagi memenangi kategori Aktor Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Black Mass pada Anugerah Oscar tahun hadapan.

Dalam pada itu, Johnny juga tidak gemar apabila ada pihak melabelkan filem terbaharunya itu adalah sebuah karya ‘comeback’ daripadanya.

“Saya kembali dari mana? Kematian? Saya tidak pernah ke mana-mana dan sentiasa memberikan persembahan paling terbaik kepada setiap filem lakonan saya dan Black Mass tidak terkecuali,” jelasnya.

Related posts

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating